Jumaat, 13 November 2009

LAMANYA...

Salam...
dah berbulan2 aku x tgk blog aku ni....hemm.mane tidaknye...laptop dh kene curi..(fon aku skali).camne nak update blog.kalau ade leh r lepak mcD sbb kt sane de wireless.leh r slalu update.
Now...aku dh mula hidup baru...meninggalkan zaman menuntut ilmu.skang aku mula mengumpul pengalaman sebanyak mungkin sebagai guru dalam hidup yang bakal aku lalui..







mls r nk taip byk2 g...sok lusa r aku sambung...

Jumaat, 24 April 2009

PAHALA......

PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya

MARI BERSELAWAT....

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

Khamis, 23 April 2009

leh ketawa ke????

Teka-teki

1. Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?
Sebab cinta itu buta

2. Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

3. Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

4. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

5. Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Usus

6. Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

7. Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

8. Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

9. Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

10. Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

11. Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

12. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

13. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

14. Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......



penggunaan ayat..


pada suatu hari ni,
terdapat seorang manusia bername ali,
die ade seekor kuda,
kudanya masih kecil.
dari kecil lagi ali mengajar kudanya,
pada hari ahad thn 1965(main tibai je)
ali mengajar sesuatu yg x msk akal.
die berkate pade kude tersebut(name kude die hitam)
ali: hitam, bile aku kate alhamdullilah, ko trs lari dan bile aku kate basmallah ko berhenti..
hitam pon setuju
seorang raja tlh mengupah ali sekirenye membawa watikah ini kepada dato' satim dkt serdang..
ali pon setuju..
dgn banggenye..die naik kuda dan mengatakan ahamdulillah..
hitam pon terus memecut..
rase2nye dorunk pusing satu dunia..
bile smpi je serdang kude x berhenti...
ali pon hairan...
kude tu memecut sehingge hmpr dgn gaung...
ali cemas...
dengan lantsnye ali membaca basmallah..
kude tu pon berhenti...
ali pon mengata"alhamdulillah nasib baik aku x jatuh lagi"
dengan pantasnye kude pon memecut..
akhirnye jatuh kedalm gaung tu...

Khamis, 9 April 2009

dengan minat...dia menulis....

buku terkini oleh Prof. Hashim bin Musa
Hati Budi Melayu (2008)
Penulisan bersama rakan2 sejawat...

Kenangan Bersama Seorang Tokob Bahasa

kalau sebelum ini aku belum pernah bertemunya...
tapi, inilah kali pertama (8/4/09) aku bertemu dan bertanyakan tentang hidupnya, pengalaman dan pendapatnya dalam bidang ilmu pengetahuan (sambil sembang2).
Prof seorang yang tidak sombong...murah dengan senyuman(senyum itu sedekah) dan menyambut kami dengan baik untuk sesi temu ramah..prof. memang peramah.

Lihatlah kami yang sama-sama tersenyum...

LAGI....~Prof. Dr. Hashim Musa~



~anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1945~
~hidup dalam keluarga yang sederhana~
~mempunyai dua adik beradik~

~Tahap pendidikan~
Sek rendah Melayu + sek. Men. Inggeris + Maktab Aliran Inggeris + universiti (Ijazah Sarjana Muda)+ univesiti (Master) + universiti (Phd).

~kerjaya~
...seorang guru (selepas pengajiannya di maktab Inggeris)
...seorang pensyarah (selepas pengajiannya di peringkat master)
...kini...seorang pensyarah di JABATAN BAHASA MELAYU, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

~~~~~~~~~~~~~~~~~sekian~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~nanti aku post yang len plak.

Rabu, 8 April 2009

daripada................~Prof. Dr. Hashim bin Musa~

Melalui minat seseorang itu mahu penulis...

Minat itu didorong oleh matlamat atau objektif.
Manusia mempunyai potensi berusaha mendapatkan ilmu untuk memajukan diri dan ilmu itu berkait rapat dengan keyakinan.

Prof juga menyatakan bahawa ilmu itu terbahagi kepada 4 iaitu
  1. persepsi
  2. kajian/penyelidikan
  3. ilham
  4. wahyu (nabi/rasul shj)
Dengan itu, bagi yang minat menulis mestilah mempunyai matlamat, ilmu dan keyakinan dalam diri.

Buku 2....Prof. Dr. Hashim Musa




ni la buku2 yang digemari oleh Prof Hashim.
Prof. tunjuk kt saya dan k.zura masa g interview beliau...
selain buku2 tu... Prof Hashim suka gak baca buku harry potter dan the lord of the ring.... tak sangkakan....tapi tak hairanlah...sebab tengok gaya prof pun..dia minat sangat baca buku..


sesi bicara ilmu.. dengan Prof. Dr. Hashim Musa

Anda semua pergi tak majlis ni?

BUKU....1




Ini ialah koleksi buku-buku beliau

Dijadikan sebgai sumber rujukan dalam penulisan dan kajiannya


banyak kan..


Menurut beliau...di rumahnya ada banyak lagi buku2 yang disimpan...


kagumnya saya.....


TOKOH BAHASA


Prof. Dr. Hashim bin Musa
anda semua kenal?

Terkini...

disebabkan last2 minit ni baru cakap tak bleh cari penulis dari jabatan lain, selain Jabatan Bahasa Melayu...aku la yang kelam kabut..semua salah sape?aku tak tau nak cakap pe..yang aku tau...suma ni satu dugaan besar..yang aku kene tempoh demi menamatkan pengajian aku kt Cni...huhu.


pada kwn2 aku perlukan sokongan moral dari korang suma....

Jumaat, 3 April 2009

DI TAMAN TEMAN

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini….

Rabu, 1 April 2009

DARI SAHABAT BUAT SAHABAT...

ain,ecah,aku,pah

ngan kosmet

aku ngn mira

kami...tetiba de jawa..sibuk jek!

aku ngan katy..sayang kamu
Yang tersayang....
aku bersyukur buat kehadiranmu dirimu
adalah apa yang aku butuhkan
menikmati hari-hari indah
melewati jalan berbatu
merangkai mimpi-mimpi

sahabatku......
terima kasih karena selalu ada didekatku
saat aku tertawa
saat aku menangis
saat aku marah
saat aku bahagia
saat aku duduk diam & terpaku
saat aku berlari dan terjatuh
pada setiap saat yang aku punya
terimakasih karena kau selalu mengerti semua hal tentangku
bersama kita bangun dunia kita
bebas berekspresi
menari ditengah hujan
berbagi cerita dan kegilaan
tertawa & bernyanyi
menikmati sebatang coklat ditengah malam
terlepas dari semua aturan
kau dan aku adalah perpaduan yang pas
aku merasa nyaman didekatmu

terima kasih buat hatimu yang penuh kasih
selalu ada meski semua orang membenci
kuselalu mampu memaafkan semua kesalahanku

jangan pernah berhenti
menjadi bagian hidupku

novel kanak-kanak

novel kanak-kanak hasil karya beliau ~dr. Jusang Bolong~

gambar lagi....

DR. JUSANG BOLONG
DR. BERSAMA AKU~HASLINA~

AKU DAN DIA hehe... bergambar bersama-sama seorang penulis


selesai je interview...bergambar bersama
sebagai satu kenangan...
pas ni tak tau dapat jumpa lagi ke tak...

gambar terkini~DR.JUSANG BOLONG~


Gambar ni diambil pada hari interview ~25/03/09~

Selasa, 31 Mac 2009

lagi tentang beliau~ Dr, Jusang Bolong~

Cabaran ketika menghasilkan karya-karya kreatif

  1. Perasaan beliau~tidak yakin dan takut tidak diterima untuk diterbitkan~
  2. Masa~tidak mempunyai masa yang banyak
  3. Susah nak fikir jalan cerita.

Beliau lebih cenderung mencari idea itu kepada sesuatu yang benar (realiti)

Kadang kala beliau turut menggabungkan imaginasi dan realiti.

Mendapatkan idea melalui:

  1. pemerhatian~cerita daripada orang lain~
  2. pembacaan~surat khabar~

sambung lagi....KARYA KREATIF BELIAU ~Dr. Jusang Bolong~

Cuba kalian cari...dan baca...

  • (2006)Ateng Kerja Gila-gila. Shah Alam: Cerdik Publication
  • (1998)Ralat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor
  • (1997)Novel. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor
  • (1996)Berubah. Petaling Jaya: Tempo Publishing
  • (1993)Kasih Di Kota, Sayang Di Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • (1991) Sungai Berdarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ok, aku nak cite sikit pasal karya2 beliau tu.

Novel Ateng Kerja Gila-gila~kisah tentang seorang kanak-kanak yang tak minat sekolah or tak minat belajar tapi dia minat buat eksperimen~

Novel Ralat~tema pengklonan-fiksyen sains~

novel yang bertajuk Novel~merupakan pengaplikasian beliau daripada skrip drama kepada sebuah novel~menang tempat ketiga tau...

Novel Berubah~tentang alam sekitar~kisah reaksi orang Murud terhadap pembalakan~

Novel kanak-kanak berjudul Kasih Di Kota Sayang Di Desa~ tentang pengalaman berniaga di waktu cuti sekolah~

HASIL KARYA CIPTAAN BELIAU~Dr. Jusang Bolong~

ketika menjadi guru sandaran ~ novel remaja (novel pendek)~berkisar tentang remaja di sekolah~harapan tidak menjadi kenyataan yang mana karya beliau ini tidak diterbitkan~

seterusnya~menyertai pertandingan drama di SMK Merotai Besar, Sabah~tajuk "MONUMEN 46"~tema PERJUANGAN~menjadi Johan peringkat Negeri serta pengarah terbaik~

Skrip drama ke-2~drama pentas~anjuran ESSO GAPENA~berkisar tentang pejuang bahasa~mendapat hadiah Penghargaan~

Skrip drama pentas ke-2~bertajuk "Refleksi Puteri Gunung Ledang"~lagenda~nasib tak menyebelahi beliau(kalah. takpe, usaha lagi)~

LAGI MENGENAI DIRINYA~Dr, Jusang Bolong~

Tahap pendidikan beliau:
  1. SPM
  2. Diploma Pertanian
  3. Ijazah Dalam Bidang Sains Pertanian
  4. Master Sc. (Dev. Communication)
  5. PhD. (Human Communication)

Bidang kepakaran Beliau:

  1. Human Communication
  2. Computer Mediated Communication
  3. Development Communication.

SIAPA??


siapa sebenarnya aku padamu

mungkin sama dengan teman lain

yang bisa kau buat begitu....

(nyanyi la..lirik lagu tu..)



dah banyak dah yang aku posted. tapi baru sekang aku nak post tentang diri aku..ringkas2 je. cukup sebagai suatu pengenalan kan..
Nama dalam IC : Nor Haslina Bt Mat Asman
Kat rumah dan ngan member2 sekolah, diorang panggil aku, Ina
Kat Floor, Kolej dan Fakulti, orang panggil aku, Okina (ala2 japanese kot, tapi rase takde ciri2 tu)
Umur aku 22 tahun, 22 mei 2009, kul 3 ptg, baru genap umur aku 23 tahun. (kepada yang baca, bagi hadiah tau, pasni dah susah nak jumpa.)
Aku anak kelahiran negeri Perak, rumah mak n abah aku pun kat Perak gak.
Aku belajar lg, sekarang ni final sem n final year..kat UPM.
Nak tahu lebih lanjut?
buka la FS aku.
k.........
da.......
jumpa lagi......
adios!

Isnin, 30 Mac 2009

Lagu yang sangat best

Lirik/Tajuk: Terlalu Istimewa
Penyanyi: Adibah Noor

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

~best kan~
~jom nyanyi~
~pas nyanyi kte ngaji~

SAJAK-SAJAK YANG SAYA SUKA


Ijazah Pengorbanan (Buat Mereka Yang Gugur Kerana Negara)

I. Anak itu lahir
di tengah perih-jerih kemiskinan nan mencengkam
yang masih juga begitu saat usia menginjak dewasa

II. Dia tidak punya kepintaran
buat menghuni menara gading
namun dikurnia jiwa satria
yang berpadu
antara derap sepatu bertapak besi
dan gegak laungan Gempur Wira
katanya hanya itu termampu disumbang insan sepertinya

III. Hari ini si anak kembali
ke desa tempatnya mula menjengah dunia
diiring pilu handai taulan
benarlah bicaranya
lewat warkahnya buatku
"Cikgu, barangkali hari konvo saya
hari di mana Jalur Gemilang berlipat segi tiga
diserah ke tangan ayah dan bonda."

IV. Anak muridku
damailah engkau di sana
cikgu berbangga kerana pernah mendidikmu
walau engkau
bukan seorang graduan
namun lulus cemerlang dalam peperiksaan
taat setia pada agama nusa juga bangsa

hasil karya
Amirul Bahar-Ipoh, Perak

KETIKA DAN KALIMAT

Ketika dan kalimat. Ape tu KETIKA DAN KALIMAT? Entahlah aku pun tak tau…yang aku tau, aku disuruh wat benda alah ni. Wat jelah. Taip abjad2 yang same.. dari a sampai z. Macam penyanyi kumpulan tu la… AtoZ. Sekang ni dah tak femes dah… tak tau pun perkembangan ahli2 kumpulan tu..dulu mase kecik2, aku suka sangat ngan group ni..lagu Itik gembo2 ngn darjat..eh pesal lak aku melalut pasal artis yang dah tenggelam ni…ok2, berbalik pada KETIKA DAN KALIMAT.

Lepas present projek anak yatim tu, Dr. Normaliza de bgtau yang kitorang sume kene wat benda alah ni, KETIKA DAN KALIMAT. Ape lagi, masing-masing wat muka terkezuuut. Ade gak yang merungut, Cik Nurul tak bagitau pun... ingatkan dah takde keja dah..Tu yang terpikir-pikir dalam otak pe bendenye KETIKA DAN KALIMAT, sampai la klaz tutorial yang berlangsung setiap hari rabu jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Dalam kelas cik nurul bagitau yang kitorang kene wat benda ni (KETIKA DAN KALIMAT). Mendengar penerangannya…aku naik geram la pulak. Aduuuuyai…10 page single spacing??ape la yang aku nak karang… ade gak merungut.. tapi kalau merungut sekali pun, KETIKA DAN KALIMAT tu kene wat gak. Pe pun demi nak dapatkan A+++. Wat jugak la ni..kalau tak dapat gak tak tau la...huhu.

Ha, ni la yang aku karang. Baca jela ek. Panjang tak intro aku td? Blasah la…bukan senang, 10 page tu…kalau double spacing takpe, ni single.pe lagi..goreng ade, rebus ade, panggang aku…ape-ape aje! Macam program Ape-ape aje lam ‘tb’ tu. Tau tak?? Tau kan…kalau tak tau, g la bli tv.kecik pun takpe..hehe

Ni aku baru nak cite…kisah dan pengalaman aku ambik kursus ni. Tau ke kursus ape yang aku maksudkan? Tak tau? Tau? Ok aku bagitau. Sem ni aku amik kursus BAHASA DALAM MULTIMEDIA (BBM3410) yang telah dikendalikan oleh lecturer yang kecil molek. Dr. Normaliza bersama-sama Dr. Arbaie Sujud (tau tak sape beliau ni? Kepada students BLM, kalau tak kenal tak tau lah!) serta dibantu oleh Cik Nurul (student MASTER) dan Cik Alia (TUTOR kt KLIUC).

Bermulalah kisah… (ala2 bersyair)
Seorang gadis…
Yang manis wajahnya…
Di FBMK…

Ops! Mintak maaf.otak aku jem. Orang seni la katakan…memang selalu macam ni kalau nk cipta karya2 seni(uweks! Nak muntah lak rasenye). Sambung lek. First masuk kelas tuk kuliah yang pertama, tiba2 ade dua lecturer masuk. Biar betul??!!! Takkan sampai dua orang kot yang nak ngajo dala waktu yang sama. nak kate ramai sangat pon tak, errmmmm memang ramai pon (muat la satu kelas yang ade 100 kerusi tuh).haha…tapi takkan la sampai dua orang nak ngajo. What ever la! Yang penting aku belajo.

Sekali pandang dr. maliza ni, garang mukanya. Dua kali pandang, cute la pulak (ha, jangan senyum2). Ada ketrampilan yang tersendiri dan unik (yeke??). tak kisah la…tapi nampak simple je. Tapi kalau pakai baju kurung…fewwittt! Lagi cute beb.hehe. kepada yang berkenaan~jangan marah ek~ dalam kelas memang tegas. Dr. paling tak suka bila ade student yang men tekan-tekan pen. Katanya, itu satu gangguan..pastu, Dr. tak suka dengar bunyi kasut (jalan menyeret), dan tak suka students dia yang datang lambat... alhamdulillah, aku tak pernah datang lambat. ~sian kat kawan2 yang datang lambat~

Korang sume nak tau? Kursus ni la yang paling banyak assignment. Tertekan aku dibuatnye! Walaupun tension, tapi aku happy. Hehe. Sebab… lu pk la sendiri…(ni yang slalu nabil~juara raja lawak~ cakap, suka dengar dia punya treade mark,tapi lama2 menyampah lak). Assignment ngan dr. maliza je de 7. Ngan dr. arbaie Cuma satu. Mujurlah satu, kalau banyak entahla…kompom tension tahap dewa.

Kelas pertama tu, Dr. Maliza ade la bagi intro tentang kursus ni. Dr. Arbaie pun ade bagi jugak. Dengar punyer dengar…macam menarik je. Lagi-lagi dia suh bawak kamera. Gila moden, amik nota pakai kamera. Ape lagi… ade niat la aku nak beli kamera. Bukan niat je. Dah tunaikan pon. Beli yang murah-murah je. Tapi takla beli yang kene isi Kodak tu..(filem) sebab kang tak leh nak transfer kat laptop aku yang banyak virus nih. Aku beli yang digital, murah tapi mahal la jugak bagi aku yang tak banyak duit ni. Asal leh guna Alhamdulillah. Tak yah la nak pinjam kt member yang ade kamera. Kang konvo (doakan aku) pon senang, leh pakai kamera tu. Tak yah beli lagi.hehe.

Pas intro, Dr. Maliza ade bagitau suh kitorang cari member dan wat group masing2. Tanpa berfikir panjang, amik je member yang rapat ngan kita. Satu group mesti enam orang. Aku, zura, ain, chepah dan nad. Eh, tak cukup sorang lagi ni. Takpe, taip tu dalam word kt PC dalam kelas (bilik Jauhari). Sape ye yang taip? Aku ke pah? Entah! Lupa. Pastu, ecah pun masuk group aku. Berpisah la dia ngan Mira Razlan. Selalu asyik berkepit jek (g mana2 berdua, bukan nak ajak aku sekali, sedih2~tapi kalau ajak pun, aku tak nak ikut~haha).

Eh, sampai mana aku citer tadi? Oh ok…sambung balik. Minggu kedua, Dr. suruh satiap kumpulan bawak 5 keping maunting board, majalah, gam UHU, gunting, ribbon dan puncher. Alahai…nak watpe lak la benda2 tu suma. Macam blaja pendidikan seni pulak. Bila tiba hari kuliahnye, Dr. Maliza mengajar dulu pasal komponen multimedia dan asas grafik. Ape lagi suma pakat ramai-ramai kuakan kamera baru. Masih bau kedai lagi. Amik nota. Bukan amik gambar lecturer. Tang ni aku suka, ade relevannye tentang multimedia.

Nak tau sebab ape Dr. maliza suruh bawak benda2 tu suma? Sebab nak cari gambar yang ade asas grafik la…sebelum mula aktiviti berkumpulan ni, dia soal dulu setiap kumpulan. Ape lagi suma kelam kabut, cuak pun ade. Yela mana taknye, lambat je jawab, dia kate, “next!” aduuuyai.dah tak dapat markah. Tapi group aku mase tu dapat jawab. Dengan bantuan kamera tulah.

Pas suma kumpulan lepas sesi soal jawab, mula ngan aktiviti yang aku bagitau tadi. Best. Tapi pening-pening sikit nak cari gambar atau iklan dalam majalah yang sesuai dan ade ciri-ciri asas grafik. Mula-mula tenang je wat aktiviti tu. Bila tengok jam, alamak! Dah nak pukul dua. Pe lagi masing-masing kelam-kabut. Hahaha. Best tau. Masa mengalaminya rasa tension la sikit, tapi bila dah lepas macam sekang ni. Teringat balik. Kelakar pun ade.hahaha.

Seterusnya, aku nak citer pasal assignment ke-2 plak. Ermmmmmmm, pe ek.tetiba aku lupa.nak g tanye pah sat.(selepas beberapa minit kemudian)..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ok.assignment ke-2 kene wat esei lapan page. Tajuk yang kitorang dapat hasil cabutan bertuah (bertuah la sangat) ialah aplikasi multimedia dalam cerita kanak-kanak. Lebih kurang gitu la tajuknya. Masing-masing kena mencurahkan idea yang bernas tapi de gak yang tak bernasnye.

Dengan ilmu yang ade, tentang penulisan dan tentang multimedia yang baru 2 minggu blaja, aku berusaha gak la membuat ayat yang gramatis dan mengikut hukum tatabahasa Melayu. tak macam yang aku karang ni la...~bahasa rojak + bahasa Slanga~. Bukan ape, Cik Nurul yang kate wat dalam bahasa tak formal. ginilah jadinye.~hehehehehe~cik nurul, jangan marah ek. karang punyer karang, dapat la siap gak, guna laptop zura yang agak sezen tu...kan2!!(kak ra, jangan mara ek...)gurau yang bertempat nih..huhuhu

Assignment ketiga plak. Mengaplikasikan peribahasa dalam photo shoot. ha...bab2 bergambar ni, aku memang tak boleh. Asal nampak kamera je, secara automatik aku akan posed maut punya..hahahaha. Tapi bukan aku sorang je sebenarnya. Budak2 len pun same...tambah2 zura ngan nad.. giler r...agak2 leh rosak kamera yang digunakan tuh.(kepada yang berkenaan, ini sekadar gurauan. jangan kecik ati...kang tau2 dh nak grad, g konvo same2 tau.) assignment ni aku suka.

Aku minat gak bab2 amik gambo nih. best wooooo.leh jadi satu kepuasan bagi aku. Aku ngan budak2 group masing2 amik tempat yang best untuk shooted.

Nak tengok gambar kitorang? kalau nak tengok cari la aku, budak2 group aku pun ade.leh r jumpa diorang. pas je shooted banyak2, kitorang masukkan dalam power point sebab nak kene present. sebelum, semasa dan selepasnye, alhamdulillah..semuanya ok je.

Ha! yang tak oknye kitorang dapat assignment lain plak. Untuk 2 minggu kemudiaanye kot, kene wat papan cerita lak. Dr. suh bawak kertas lukisan, pensel, warna ngan stepler kalau tak silap aku. la... kali ni nak wat pe plak la agaknye. tunggu dan lihat jelah.

Di hari kejadian, dr. nak suh kitorang wat papan cerita rupanye...~magazine online~wat draf la kononnye... suka gak wat benda ni. aku suka melukis. so, try la kuakan bakat aku ni...(alah,bukan cantek sangat pun aku lukis, sekadar nak gembirakan hati ni.puji diri sendiri la.hahaha). tapi, Dr. ade puji lukisan aku tau..hehehe~sedikit bangga dalam keadaan tersipu2 malu~

Ni aku nak sambung balik cite pasal assignment yang dr. Maliza bagi. Lepas dia bagi assignment papan cerita tu.. dia bagi plak assginment 20 sebab...ape tah tajuknye.aku tak ingat. time ni, berulang kali dok baca soalan. nak kate faham, faham...nak kate tak faham...faham la jugak. entahlah. penat gak otak time ni. nak cari 20 sebab. bila dah satu persatu kua dari otak, genaplah 20 sebab yang dikehendaki tu...nikmatnye..lega rasanye.dapat selesaikan. tp sampai sekarang tak tahu sebab yang kitorang buat tu betul ke tak.

Assignment yang seterusnya…wat draf billboard. Tau tak billboard tu pe bendenye?~ala yang selalu ade kat highway tu.kat jalan raya biasa pun ade.papan iklan yang beso2 tu.tau kan..~ firstly, dr. terangkan pe tu billboard. Billboard yang takde asas grafik, billboard yang ade kesinambungan pun dia terangkan. Tengok kan iklan mini coopper tu. Macam tu la…

Pas Dr. terang suma tu, kitorang kena la wat draf. Sebelum tu kene cop dulu produk pe yang kita nak iklankan. Produk tu mestilah belum ade kat dalam pasaran di malaysia, dan tak bleh same ngan group len. Nak tau group kitorang pilih produk pe? ~kalau korang tak nak tau pun...aku nak bagitau jugak~ Lampu. Tu la produk yang kitorang pilih. Macam2 pe’el macam2 idea la time ni.~Hahaha~

Aduyai...penat la menaip ni. Lum sampai 10 page lagi.(mengeluh+ rehat tuk beberapa minit)sambung balik r...Lastly, projek anak yatim. Ha, yang ni agak mencabar sikit. Memang membri kesan dalam hidup aku. Kalau sebelum ni aku tak pernah pegi mana-mana rumah anak yatim atau tempat2 kebajikan yang sewaktu dengannya, tapi disebabkan amik kursus ni, aku dapat pengalaman baru~mekasih dr.~ehehehe~

Group aku ~D,LIMA~ bergabung dengan group Saadah (yang comey2 tu)~DUO~ untuk beberapa minggu, kitorang mencari rumah-rumah anak yatim di sekitar Selangor je. First choice, rumah anak yatim Al-Khiriyah, Klang. Tapi malangnya... kami tidak diberi respon yang baik. Pastu kami cari rumah len (bukan rumah teres atau rumah banglo tau). Cari punya cari, dapat lak rumah Tengku Budriah (betul ke eja ni???) tapi nasib tak menyebelahi kitorang. Belum ade rezeki la katakan...tanpa rasa putus asa, perjalanan diteruskan. Berkat doa dan komunikasi yang baik, gabungan kitorang dapat kat Pusat Perlindungan PERNIM.

Korang tau tak kat mane? Tak tau? Puast Perlingdungan PERNIM ni terletak di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur. Mase tu kitorang tak tau pun tampat PERNIM tu kat mane. Saadah pun call la adik dia, mintak tolong tunjukkan jalan...yang kelakarnye, leh plak la adik Saadah ni bawa kitorang lalu kawasan peringatan (kubur Penganut Kristian). Aku dalam keta yang dipandu Saadah ni mengucap dan istigfar je banyak2. Bukan ape...bila lalu je kawasan tu, aku rasa tak tenang lah..tau la nape ade perasaan macam tu. Akhirnya, jumpa gak la rumah PERNIM tu..

Aku nak cerita sikit pengalaman kitorang ~group D’LIMA dan DUO~ mase pergi bersua muka dengan pengasasnya Puan HJH NORLINA ALWI (MAMA). Sampai je kat sane, kami disambut dengan keriangan anak2 kecil. Tapi mase tu~hari sabtu 2minggu sebelum jalankan program tu~MAMA takde, dia g pasar bli barang tuk niaga~ mase dok kt ruang tamu sambil tunggu mama, budak2 ni pon datang la kat kitorang...alamak!diorang wat sepah...huhu.bila mama balik, kitorang kne marah.huhu.katanye, dia tak suka rumah dia kotor.. sape2 yang datang, dah dianggap macam anak. Kene wat rumah tu macam rumah sendiri.

Mula2 tu terkejut gak ngan sikap mama, tapi pas sembang2 baru la kitorang paham...mama memang tegas tapi penyayang...kitorang pun mama panggil sayang.best kan...hehehehe. nak tau tak , tempat ape sebenarnya PERNIM ni. Ha...ni la tempat anak2 pesakit AIDS dan HIV, anak2 miskin, anak terbiar, anak2 yatim, ibu tunggal, dan yang sewaktu dengannya. Mama amik diorang suma sebagai anak angkat. Dan kasih sayang mama sama rata antara anak kandung dan anak angkat. selepas menyatakan hasrat besar~tapi taklah beso sangat~kami diberi keizinan oleh mama untuk menjalankan program ni pada tarikh 14/3/09 ~sehari sebelum MAKT kolej aku~

Sebelum hari kejadian~14/3/09~ banyak persiapan yang kitorang wat. Rancangan pengajaran, makanan tuk budak2 kat sane~tempah je kat wak jas,nasi lemak~ kutip sumbangan, kumpul dana tuk jalankan program tu dan banyak lagilah.

Tiba tarikh yang ditetapkan, bagun awal~semangat nih~. Pagi yang indah diseri hujan~Hujan rahmat...~perjalanan diteruskan juga bila hujan dah reda. Aku nek keta iswara (keta sewa~rm35 ½ hari~leh pinjam kt K11) yang dipandu oleh cosavera...(eh, sape lak ni?kawan kitorang. Dia tolong bawak keta, sebab antara kami xde yang tau drive keta)~vera, mekaseh la eh tolong kitorang~ kami (yang nek keta sewa) sampai dulu, yang len (keta honda yang dipandu saadah dan nad yang membonceng motosikalnya bersama chepah) telah sesat.(tula tak nak follow blakang kitorang)~hehehehe~jangan marah ek~

Sampai je kat situ, kami diberi penerangan oleh Bella pembantu/jururawat PERNIM. Pastu, suma amik peranan masing2 seperti apa yang dirancang. Kitorang mengajar dan bergotong-royong. Time ni memang best. Banyak yang kitorang ajar kat budak2/adik2 PERNIM. Ajar antonim, sinonim, simpulan bahasa dan banyak lagi la. Mase gotong royong plak, kitorang kemas almari baju diorang, menyapu, sidar baju kat ampaian, kemas rumah, lipat baju dan macam2 lagi. Best tau. Kalau sebelum ni aku tak pernah pun dekati hati nurani diorang (yeke??), mase ni la aku dapat melakukannya. Kalau dr. Maliza tak suruh, kemungkinan besar, aku tak pernah jejak dan merasai ape yang adik2 PERNIM rasa.

Ok, Walaupun masing-masing keletihan dan kelaparan, tapi sumanye berbaloi... dh selesai kat rumah PERNIM tu..kami terus ke Putrajaya. Nak makan..huhuhu.lapo sesangat...nad ngan pah sampai dulu...biaselah..minah rempit kan...(jangan kecik ati ha....jap g nak grad~ade kene mengena ke?) Bila aku ngan yang seketa ngan aku ni sampai, diorang berdua (nad ngan pah) sedang dibuai mimpi. (sempat gak la korang tdo ek) takpe..aku faham...kita suma penat...

Pas beberapa hari, kitorang wat persiapan tuk present Program Anak Yatim tu. Oh, lupa nak bagitau, moto kitorang wat program tu ialah ukhwah dibina, ilmu dijana. Sedap tak??? Kira ok la ni...kan2!! ha, minggu lepas la present program tu...aduyai..cuak pun ade.bila group kitorang kene panggil, suma cepat2 bangun dan ke hadapan bilik kuliah (kalau tak nanti, dr. Cakap “next”). Bila dah open, alamak! Dia wat hal la plak time2 ni...muka masing2 dah kerisauan. Yela mana taknye...kang tak pasal2 dr. kata tak ke naya...xdapat la nak skor A++. rezeki masih ade. dan kitorang punye slide boleh buka... alhamdulillah... thanks ALLAH. Sedih dan simpati gak kat group DUO ~group yang bergabung ngan group aku tu~ tak dapat present, sebab ade ahlinya yang tak bagi kerjasama...(sabar ye fatin dan saadah)

~best tau blaja kursus ni. Tambah2 blaja ngan dr. Maliza... muka je garang, tapi hati baik...(dr. jangan senyum sorang2 tau). Banyak yang ilmu dan pengalaman yang aku dapat. Perkara yang aku tak boleh lupa adalah aktiviti dalam kelas, memang kerja di bawah tekanan. Tapi itu suma bukan sebab aku nak kene drop kursus ni.kalau drop pun, jadi masalah kat aku.. nak tak nak aku teruskan juga..hehehe.alhamdulillah...

Aku nak cita pula pasal kelas tutorial. Kelas tutorial dikendalikan oleh Cik Nurul Hazima (kalau aku tak salah eja la). Berlangsung pada hari Rabu jam 8.00 sampai 10.00 malam (macam yang aku bagitau awal2 tu, tak caye ce bace dari awal balik). Mula2 ‘budjet’ cik Nurul ni garang orangnye, (hehehe) tpi lembut plak (sopan...).
First, assignment tuto aku dapat ialah slideshow power point. Kene amik tajuk tentang isu semasa. Mula2 aku amik pemanasan global, tetiba sama lak ngan wani. So, terpaksa la tuka...amik tajuk pengklonan. Mujur tak same ngan kawan2 lain.

Wat benda ni amik mase 2 minggu...minggu pertama tu, jujur aku bagitau, malas sangat nak buat. Bukan ape, dah selalu sangat gunalan MS Power point. Bosan pun ade.. tapi bila aku explore..rupa-rupanye, banyak benda yang aku tak tahu dalam MS power point..pastu, ade la minat aku nak siapkan assignment slideshow ni. Ni la untung je amik kursus ni. Walaupun sebelum ni kte tau yang basic je, tapi sekang dah tau banyak dah pasal MS Power Point.agak lama gak la wat mende ni je...g cari gambar banyak2 dalam yahoo. Cari maklumat cket pasal klon...de la gak hari2 dok ngadap laptop jek...sampai saket pale aku..tapi takpe la...ni kan ujian dalam mencari ilmu...ape2 pun kene redha...(Ya Allah berkatilah ilmu yang aku pelajari..AMINNN)..bila siap, present. OK ke TAK, aku tak tahu, cik nurul tak komen ape2 pon.(tapi ati aku kate ok. Bermakne aku puas hati ngan keja aku.hehehe)

Bila tengok2 kawan2 len punya...best jugak. Ade la kekreatifan diorang. Sampai sekang ni aku tak tau pon markah tok slideshow tu.(Cik Nurul, bila nak bgtau....sian saye)

Ok, bes citer pasal assignment 1, aku nak citer lak assignment 2. Kali ni kene wat kalendar. Ilmu ni memang aku tak pernah tahu sebelum ni. Sebab ade rezki amik kursus ni la aku dapat belajar camne nak wat benda alah tu. Selama ni, laptop aku dah ade program adobe photoshop, tapi aku tak pernah guna pon...huhuhu.sebab aku tak tahu macam mana nak guna...

First day blaja adobe lam lab, 1 ape pun aku tak faham, cuma follow je pe yang cik nurul bagitau... bila tak dapat, aku dah tension dah...~aku ni memang cepat tension dan cepat geram untuk sesuatu perkara yang aku tak berkenan~ dalam keadaan aku ngah tension tu, aku g cari gambar2 yang best kat google image. Banyak gak pic yang aku dapat...suma aku save dalam pendrive. Sebenonye best wat kalendar ni, tapi tulah, leceh dan kena banyak kesabaran.

Minggu ke2 sambung balik wat kalendar ~sampai projek terbengkalai~ lama gak la...yela. banyak beno keja tuk kursus ni. Pe pun, yang penting sabar kerana sabar itu dituntut dalam agama. Minggu seterusnya, cik nurul nak tengok kalendar sampai bulan 5. Aku pun wat la mana yang terdaya...dia jalan dari meja ke meja melihat hasil yang kitorang buat. Kalau tak silap aku, mase tu aku dah hampir siap. Aku dah buat sampai bulan lapan. Ape ek yang cik nurul komen ngan kalender aku...~jap..nak ingat~ ermmmmmm, tak ingat la.

Untuk minggu seterusnya, kalau tak silap aku, dr. maliza datang la klas tuto tu. Atas sebab pe dia datang aku tak pasti, maybe.....saje kot.takpun, nak tengok kalendar yang kitorang wat. Ha!yelah.memang pun dia datang nak tengok kalendar yang kitorang wat. Banyak la yang dia komen. Tak cantek la, ambik gambar dan tempek tak boleh la ~dia kate, budak tadika pun pandai buat~, kena ade gambar cropping la.

Hermmmm, berdasarkan ciri2 yang dr nak, aku pun terpakse la buat semula, sebab ape yang aku dah buat tu takde satu pun yang dr. kehendakkan.huhu. mase tu rasa tension sangat. Banyak nak kene wat...assignment tuk kursus len lagi...mengeluh lagi aku ni~dugaan tol la~

Kali ni, memang pagi petang siang malam aku dok mengadap laptop yang banyak virus nih. Walaupun banyak virus, dia berjasa pada aku. Yela, kalau takde dia, maybe aku kelam kabut buat segala assignment yang ditugaskan.(mybe hari2 nak kene g CC)

Berhari-hari aku wat kalendar, alhamdulillah akhirnya siap gak keje aku.(kalendar tu). Minggu seterusnya, klas tuto tu, cik alia yang kendalikan sebab cik nurul g Perak (kalau tak silap aku la). Ni lagi satu nasib yang menimpa aku. Bukan aku je yang ditimpa masalah ni, tapi semua kawan2 aku yang dok KTDI (satu kolej ngan aku) dan nek bas yang sama (bas FBMK~satu2nye bas yang ade, dari kolej terus ke fac tu).

Di hari kejadian, kolej mengalami masalah ketiadaan air (mujur ade gak air tuk tunaikan kewajipan pada ALLAH) sejak dari pagi sampai la larut malam (sape yang tadah air kat pantry floor masing2 dapat la mandi...)
Nak dijadikan cerita yang panjang, dengan keadaan kolej yang takdak ayaq tu, bas plak la yang gerak lambat.(driver tu sempat lagi ‘gayut’) time kitorang nak cepat, time tu la de je halnye...mase tu aku dah tak tau lagi nak wat ape..redha je la...ni suma dah ketentuan.. on the way g fac, bleh plak la dia (driver bas) dok benti kat kolej2 len dulu...amik dan anta students yang nek bas tu. aduuuyai.... kompom lambat masuk. ~terdetik kat hati aku, kompom kena punye~huhuhuu.

Bila dh nak sampai tu...kitorang mintak la driver tu turunkan kitorang kat depan sanggar bahasa...tapi dia taknak plak. Huhu...geram tul. Dia kate, benti kat bustop kan senang...memang la senang, tapi dah lambat punca pun dari dia gak. Kalau la aku diberi kelebihan kuat tubuh badan dan tak sekali pun leh cedera, nak je aku lompat dari bas betul2 depan sanggar. Tapi aku hanya manusia baiasa...hanya tuhan sahaja yang berkuasa tuk segala-galanya.

Dengan berlari2~kejar mase, konon nak datang tepat pada masanya (tak awal, tak lambat)~ sampai gak ke lab tu... oh no!memang lewat. Cik alia pun dah ade... pe lagi, masing2 kene la berdiri kat bahagian hadapan lab tu...mula-mula Cik Alia wat tak tau jek kat kitorang ni. Pas beberapa minit, dia pun suh kitorang bagi 15 sebab yang berbeza kenapa lambat datang kelas tuto tu (pada hari kejadian).

Masing-masing wat muka terkejut. Aku pun same la... yela... Masalah yang kitorang alami sama, mana mungkin masing-masing bagi sebab yang berbeza. Mase tu aku memang geram sangat la kat cik Alia (mintak maaf la ek). Kalau secara rasionalnya, kena la faham... tul tak? Pastu, pah, zura ngan wa je yang bersuara memberikan sebab yang sama. Aku pun ade gak bersuara, tapi...mungkin cik alia, kurang jelas mendengarnya. Tak kisah la...pas wa menjawab beberapa pertanyaan dari cik alia, tetiba dia bagi semua duduk.

Mekaseh...dalam pada aku baru nak duduk kat tempat yang biasa aku duduk....terdengar statement dari cik Alia...“dalam banyak2 kelas, kelas ni jela yang students nye berani menjawab”. Terkedu aku...tapi bila fikir2 balik, dari konteks peraturan percakapan (kalau tak silap aku la) bila ade yang bertanya, mesti disusuli dengan jawapan...tu yang aku tau..tapi tak tau la plak pemahaman aku ni salah~kepada yang berkenaan, jangan terasa ek~saya ni budak baru belajar, kalu salah tolong tunjukkan~

Pas je dia (cik Alia) cakap macam tu...aku pun, teruskan la keja aku, buka PC, cucuk pendrive, buka file kalendar dan edit mana yang patut. Lama gak la...aku dan kawan2 yang datang lewat tadi tunggu cik Alia check (terdetik dihati aku~nak check ke tak nak nih!)Dah kul 9.30, baru Cik Alia check. Nampaknye, banyak gak dia komen kalendar member2 aku.

Bila dia check aku punya kalendar, dia kate jenis tulisan/font yang aku guna tok nombor tu tak sesuai...so, kene la edit lagi...huhuhu.(bila la nak siap) mase tu, mira punya kalendar je yang lulus untuk di‘print out’. So, edit la lagi...pas edit, kena lak tunjuk kat cik Nurul. Bila g tunjuk...alhamdulillah dah boleh print...mase tu rase ringan sikit...(dah siap satu assignment) Ape pun, tu semua satu pengalaman. Kita ambil yang jernih buang yang keroh.

Ok, seterusnya, kene wat laman web plak. Macam mana ke gayanye... Dalam kelas cik nurul ade la aja macam mane nak wat web sendiri. Tapi yaang aku rasa tak puas hati, bila kitorang tak dapat langkah2 dalam membuat web tu dia cakap macam ni... “awak tanye la kawan awak yang dapat/tahu”...ergggghhh. nak ajo macam tu ke???(mintak maaf ye...dari hujung rambut sampai ujung kaki dan mintak halal segala ilmu yang telah diberi).
Mujurlah ade yang tau...(mekaseh kepada yang sudi membantu aku) untuk tempoh yang ditetapkan, alhamdulillah...dapat gak aku siapkan web aku tu..walaupun aku rase simple jek, tapi setelah disemak oleh cik Nurul...aku rase puas hati...tak banyak sikit la..(tersenyum2 sendiri).

Assignment tutorial seterusnya yang aku kene wat ialah blog... macam menarik, kene wat blog sendiri. Selama ni aku asyik tengok blog orang je. Kali ni, wat blog sendiri. Best gak. Sekang ni aku ngah nak siapkan blog la. Sape yang nak tengok, leh la buka aku punya URL ni. Nuriscahaya.blogspot.com. macam2 aku posted.

Sebenarnya, disebalik kene wat blog ni, aku dan kawan2 yang len kene interview tokoh bahasa.
Aku g interview Dr. Jusang Bolong. Beliau ni seorang penulis sebenonye. Cuma aku rasa, beliau ni taklah se‘glamour’ Dr. Lim Swee Tin, Din Seman, Othman Kelantan, Arenawati dan yang lain2. Aku g interview dia hari rabu minggu lepas(25/3/09). Segala maklumat mengenai beliau aku dah muatkan dalam blog...

Aku dah tak tau la nak cita ape ni.. oh ye, aku tak cita lagi pasal sesi pengajaran dan pembelajaran dengan Dr. Arbaie. Ade satu hari tu, aku ingat macam biasalah kan...dr. Maliza yang masuk dan ajar. Tetiba je dr. Arbaie yang masuk... sedikit lega la jugak ~hari tu mungkin takde wat keja di bawah tekanan~hehehe.

Selepas beberapa puluh minit (ade la dalam 20 minit) aku dah mula rase mengantuk...(ya Allah banyak la plak setan gayut kat mata aku nih~ setan durjana!!! Nyah kau!) aku cuba gak bertahan...nak dapat ilmu dari dr. Arbaie... alhamdulillah, akhirnya syaitan yang bergayut kat mata aku tadi tak dapat naik pangkat sebab misi dia tuk hanyutkan aku di alamnya tidak berjaya..hahhahah! padan muka kau setan!

Di akhir kuliah, dr. Arbaie ade bagi satu tugasan. Kene wat papan cerita tentang tsunami. Dengan ketidaksunggukan kitorang, pada minggu berikutnya (selang seminggu) Dr. Arbaie telah meluahkan ketidakpuasan dan kekecewaan beliau terhadap tugasan yang kami buat itu. (Maaf je Dr. memang salah kami buat sambil lewa je, pasni tak wat lagi.) nak tau tak Dr. Arbaie ajar pe? Beliau ajar macam mana wat komik elektronik tau... best. Minat gak nak wat benda2 gitu... tapi bila ye nak belajar secara mendalam?sekang dah final sem, final year... mgkin ade peluang di masa hadapan..siapa tahu? Hanya tuhan yang tahu....insyaallah...

Oklah, setakat ni je yang dapat aku coretkan...secara keseluruhannya.. kursus ni memang best. Banyak yang aku dapat tuk kedua-dua aspek. Ilmu dan kemahiran. Nak bagitau satu2 kang, bertambah panjang lebar lak esei aku ni nanti...

SEKIAN...

Terima kasih yang tak terhingga kepada DR. NORMALIZA, DR. ARBAIE SUJUD, CIK NURUL HAZIMA, CIK ALIA, GROUP D’LIMA dan KAWAN2 YANG AMIK BBM3410 SESI 2008/2009 (SEM 2)

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM

14/3/09
PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM
KG. CHERAS BARU, KL

kumpulan aku-bahasa dlm multimedia D,LIMA
dari kiri:nad,chepah,k.ra,aku,ecah,ain

adik-adik di PERNIM
yang berdiri dan pegang kertas kuning tu UTEH@AMIRsesi mengajar... eh, sape plak yang pakai tudung hitam tu???menyibuk jek!!
sesi gotong-royong


NAK TENGOK GAMBAR LAGI???
nanti aku post...penat dh jari ni..dok tekan benda ni.

BACA JE....JANGAN copy n paste..

Hilang

Malam tenang dihiasi sinar rembulan
Menyelak seketika ruang ingatan
Cuba mengenang detik indah
Saat kebahagiaan singgah bertamu
Pada sudut hidup yang keliru.

Senyuman terukir di raut wajah pilu
Melukis keriangan yang datang
Membaris kata dibibir terucap
Seindah bahasa yang terungkap.

Mengharap kasih berpaut teguh
Seteguh kaabah yang takkan runtuh
Sayang dengan ketulusan hati yang murni
Sekukuh cinta Adam dan Hawa yang terpatri
Tercampak ke dunia bertemu kembali

Namun,
Ia sekadar suatu album kenangan
Yang tak mampu dihias lagi dengan nikmat kecintaan
Oleh insan yang kehilangan
Mengatur usaha dan melangkah berani
Mengharung hidup yang tak pasti.

Tarian Pena,
nuriscahaya

Ahad, 29 Mac 2009

DR. JUSANG BOLONG

Dr. Jusang Bolong.

Beliau merupakan seorang penulis skrip drama dan novel.

Seorang pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Kenal????

Khamis, 26 Mac 2009

CUBA UJI TAHAP INGATAN ANDA...






Assalamualaikum..

Cuba teliti gambar di atas.

Anda kenal dengan wajah ini?

Siapakah dia?

Apa namanya?

Bagaimana latar belakang dirinya?

Rabu, 25 Mac 2009

Seorang yang bergelar penulis...

Penulis biasanya dikaitkan dengan sifatnya yang kreatif dalam menghasilkan suatu tulisan yang indah. Antara genre yang ditulis termasuklah novel, cerpen, skrip drama, puisi dan sebagainya.