Selasa, 31 Mac 2009

lagi tentang beliau~ Dr, Jusang Bolong~

Cabaran ketika menghasilkan karya-karya kreatif

  1. Perasaan beliau~tidak yakin dan takut tidak diterima untuk diterbitkan~
  2. Masa~tidak mempunyai masa yang banyak
  3. Susah nak fikir jalan cerita.

Beliau lebih cenderung mencari idea itu kepada sesuatu yang benar (realiti)

Kadang kala beliau turut menggabungkan imaginasi dan realiti.

Mendapatkan idea melalui:

  1. pemerhatian~cerita daripada orang lain~
  2. pembacaan~surat khabar~

sambung lagi....KARYA KREATIF BELIAU ~Dr. Jusang Bolong~

Cuba kalian cari...dan baca...

  • (2006)Ateng Kerja Gila-gila. Shah Alam: Cerdik Publication
  • (1998)Ralat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor
  • (1997)Novel. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor
  • (1996)Berubah. Petaling Jaya: Tempo Publishing
  • (1993)Kasih Di Kota, Sayang Di Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • (1991) Sungai Berdarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ok, aku nak cite sikit pasal karya2 beliau tu.

Novel Ateng Kerja Gila-gila~kisah tentang seorang kanak-kanak yang tak minat sekolah or tak minat belajar tapi dia minat buat eksperimen~

Novel Ralat~tema pengklonan-fiksyen sains~

novel yang bertajuk Novel~merupakan pengaplikasian beliau daripada skrip drama kepada sebuah novel~menang tempat ketiga tau...

Novel Berubah~tentang alam sekitar~kisah reaksi orang Murud terhadap pembalakan~

Novel kanak-kanak berjudul Kasih Di Kota Sayang Di Desa~ tentang pengalaman berniaga di waktu cuti sekolah~

HASIL KARYA CIPTAAN BELIAU~Dr. Jusang Bolong~

ketika menjadi guru sandaran ~ novel remaja (novel pendek)~berkisar tentang remaja di sekolah~harapan tidak menjadi kenyataan yang mana karya beliau ini tidak diterbitkan~

seterusnya~menyertai pertandingan drama di SMK Merotai Besar, Sabah~tajuk "MONUMEN 46"~tema PERJUANGAN~menjadi Johan peringkat Negeri serta pengarah terbaik~

Skrip drama ke-2~drama pentas~anjuran ESSO GAPENA~berkisar tentang pejuang bahasa~mendapat hadiah Penghargaan~

Skrip drama pentas ke-2~bertajuk "Refleksi Puteri Gunung Ledang"~lagenda~nasib tak menyebelahi beliau(kalah. takpe, usaha lagi)~

LAGI MENGENAI DIRINYA~Dr, Jusang Bolong~

Tahap pendidikan beliau:
  1. SPM
  2. Diploma Pertanian
  3. Ijazah Dalam Bidang Sains Pertanian
  4. Master Sc. (Dev. Communication)
  5. PhD. (Human Communication)

Bidang kepakaran Beliau:

  1. Human Communication
  2. Computer Mediated Communication
  3. Development Communication.

SIAPA??


siapa sebenarnya aku padamu

mungkin sama dengan teman lain

yang bisa kau buat begitu....

(nyanyi la..lirik lagu tu..)



dah banyak dah yang aku posted. tapi baru sekang aku nak post tentang diri aku..ringkas2 je. cukup sebagai suatu pengenalan kan..
Nama dalam IC : Nor Haslina Bt Mat Asman
Kat rumah dan ngan member2 sekolah, diorang panggil aku, Ina
Kat Floor, Kolej dan Fakulti, orang panggil aku, Okina (ala2 japanese kot, tapi rase takde ciri2 tu)
Umur aku 22 tahun, 22 mei 2009, kul 3 ptg, baru genap umur aku 23 tahun. (kepada yang baca, bagi hadiah tau, pasni dah susah nak jumpa.)
Aku anak kelahiran negeri Perak, rumah mak n abah aku pun kat Perak gak.
Aku belajar lg, sekarang ni final sem n final year..kat UPM.
Nak tahu lebih lanjut?
buka la FS aku.
k.........
da.......
jumpa lagi......
adios!

Isnin, 30 Mac 2009

Lagu yang sangat best

Lirik/Tajuk: Terlalu Istimewa
Penyanyi: Adibah Noor

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

~best kan~
~jom nyanyi~
~pas nyanyi kte ngaji~

SAJAK-SAJAK YANG SAYA SUKA


Ijazah Pengorbanan (Buat Mereka Yang Gugur Kerana Negara)

I. Anak itu lahir
di tengah perih-jerih kemiskinan nan mencengkam
yang masih juga begitu saat usia menginjak dewasa

II. Dia tidak punya kepintaran
buat menghuni menara gading
namun dikurnia jiwa satria
yang berpadu
antara derap sepatu bertapak besi
dan gegak laungan Gempur Wira
katanya hanya itu termampu disumbang insan sepertinya

III. Hari ini si anak kembali
ke desa tempatnya mula menjengah dunia
diiring pilu handai taulan
benarlah bicaranya
lewat warkahnya buatku
"Cikgu, barangkali hari konvo saya
hari di mana Jalur Gemilang berlipat segi tiga
diserah ke tangan ayah dan bonda."

IV. Anak muridku
damailah engkau di sana
cikgu berbangga kerana pernah mendidikmu
walau engkau
bukan seorang graduan
namun lulus cemerlang dalam peperiksaan
taat setia pada agama nusa juga bangsa

hasil karya
Amirul Bahar-Ipoh, Perak