Jumaat, 4 November 2011

Perbaharui Lesen+tengok-tengok barang+balik kampung=yeahhhh!!!


Dah dua hari lesen aku mati. Dua hari jugalah aku 'belasah' memandu tanpa lesen yang sah. Hari ini kerja setengah hari atas sebab aku nak perbaharui lesen di pejabat pos. Selepas selesai, aku bercadang mahu lihat-lihat bakul di kedai pengantin. Kemudiannya, aku bertolak ke Klang untuk menjemput abang sulung dan meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman. Mak, Abah...tunggu kepulangan kami ya.


Khamis, 20 Oktober 2011

CIK PUAN ZURA

tak sabar rasanya nak jumpa kawan saya...dua tahun sudah berlalu dan jangka masa itulah kami tidak bertemu~ rindu mahu melihat wajahnya. Cik Puan Zura, cepat la datang rumah saya.

Isnin, 17 Oktober 2011

Sambilan~jadilah!!!


Biar betul...semacam tak percaya. Tapi aku perlu percaya bahawa aku sedang buat kerja sambilan demi mencari rezeki yang halal. Sekarang aku perlu fokus untuk menyiapkan kerja2 itu...

Khamis, 29 September 2011

BROGA


Kisah ini pada bulan April agaknya. Aku mengidam nak daki Bukit Broga. Mula la ajak2 budak2 umah dan si dia... akhirnya, dapat jugak. tp yang sedihnya..baru naik aku dah semput. kenalah bebel ngn dia sbb tak bekpes awal2..padan muka aku kan!!! sapa suruh.

Mimpi

Tak sangka aku mimpi kawan2 aku malam td. Ting, Pia, Nad, Toyak, sape lagi ekkk???
Yang pasti semua kawan UPM saya. Suasananya sangat meriah...penuh dengan gelak tawa. Perkara paling best dalam mimpi tu, Ting yang telah pun bertukar status telah masakkan kami utk lunch~kagum ngn dia yg telah bergelar isteri.

Dan sekarang ni, aku tersangatlah rindu dengan korang. Bilakah kita akan diberi keizinan oleh-NYA untuk berjumpa????

Ya Allah, dengan namaMU aku memohon. Pertemukanlah kami...amin Ya Rabb.

Isnin, 18 Julai 2011

HIDUP SEORANG EDITOR...


Bermula pada Julai 2010, aku bergelar seorang editor. Alhamdulillah...aku dipertemukan olehNya dengan dunia ini. Banyak perkara yang aku praktikkan seperti apa-apa yang telah aku pelajari di dunia mahasiswa. Sewaktu aku di dunia itu, kerjaya inilah yang aku impikan. Saat itu, aku sangkakan dunia editorial ini sesuatu yang sangat mencabar. Ternyata benar. Bukan mudah sebenarnya untuk menyampaikan ilmu dalam penulisan.






bersambung~saya harus menyambung kerja edit-mengedit...

Jumaat, 15 Julai 2011

Lupa sudah...

Assalamualaikum...

Hai semua...nak tahu tak? Saya dah lama tak update. bila nak update, lupa pula macam mana..hehe.amik masa setengah jam jugak...tanya ofismet..hahaha.apela. nasib baik jumpa dan dapat ingat semula...