Rabu, 15 April 2015

Hidup Ini Pinjaman Sementara

Ya. Hidup hanya pinjaman. Hidup juga hanya sementara.
Hidup perlu dilalui bersama-sama ujian yang Allah beri.
Jika tiada ujian, hidup mungkin tiada erti.

Hidup sebagai insan, hidup berTuhan.
Hidup sebagai hamba, tanda hidup di bawah yang Kuasa.
Hidup berteman, hidup keceriaan.
Hidup bertujuan, itu cita-cita dan kejayaan.
Hidup bermasalah, jiwa kita sentiasa resah.
Hidup tanpa syukur, setiap 'inci' menjadi kayu ukur.
Hidup dengan senyuman, hati kita menjadi aman.
Hidup berseorangan, janji Allah ada pasangan.

Hidup: banyak perumpamaan yang boleh dikaitkan.

Tepuk dada tanya iman, bagaimana kita melalui kehidupan.


Selasa, 14 April 2015

CEPATNYA MASA BERLALU


Assalamualaikum wbt.

Dulu... bujang,




















Sekarang... dah ada anak seorang.




















Eh, eh... mana suami??
Ni dia...



















Kehidupan saya mungkin sama macam orang lain...
Bezanya, cuma cara kita melalui hidup ni.

Susah senang itu biasa.
Tujuan hidup itu yang agak luar biasa.
Ada yang mengejar harta, ada juga yang 'mengumpul' untuk ke 'sana' bersama2 reda yang Kuasa.



Jumaat, 4 November 2011

Perbaharui Lesen+tengok-tengok barang+balik kampung=yeahhhh!!!


Dah dua hari lesen aku mati. Dua hari jugalah aku 'belasah' memandu tanpa lesen yang sah. Hari ini kerja setengah hari atas sebab aku nak perbaharui lesen di pejabat pos. Selepas selesai, aku bercadang mahu lihat-lihat bakul di kedai pengantin. Kemudiannya, aku bertolak ke Klang untuk menjemput abang sulung dan meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman. Mak, Abah...tunggu kepulangan kami ya.


Khamis, 20 Oktober 2011

CIK PUAN ZURA

tak sabar rasanya nak jumpa kawan saya...dua tahun sudah berlalu dan jangka masa itulah kami tidak bertemu~ rindu mahu melihat wajahnya. Cik Puan Zura, cepat la datang rumah saya.

Isnin, 17 Oktober 2011

Sambilan~jadilah!!!


Biar betul...semacam tak percaya. Tapi aku perlu percaya bahawa aku sedang buat kerja sambilan demi mencari rezeki yang halal. Sekarang aku perlu fokus untuk menyiapkan kerja2 itu...

Khamis, 29 September 2011

BROGA


Kisah ini pada bulan April agaknya. Aku mengidam nak daki Bukit Broga. Mula la ajak2 budak2 umah dan si dia... akhirnya, dapat jugak. tp yang sedihnya..baru naik aku dah semput. kenalah bebel ngn dia sbb tak bekpes awal2..padan muka aku kan!!! sapa suruh.

Mimpi

Tak sangka aku mimpi kawan2 aku malam td. Ting, Pia, Nad, Toyak, sape lagi ekkk???
Yang pasti semua kawan UPM saya. Suasananya sangat meriah...penuh dengan gelak tawa. Perkara paling best dalam mimpi tu, Ting yang telah pun bertukar status telah masakkan kami utk lunch~kagum ngn dia yg telah bergelar isteri.

Dan sekarang ni, aku tersangatlah rindu dengan korang. Bilakah kita akan diberi keizinan oleh-NYA untuk berjumpa????

Ya Allah, dengan namaMU aku memohon. Pertemukanlah kami...amin Ya Rabb.